First Giveaway by Ila and Anis
Assalamualaikum kepada penduduk
Marikh Bumi. Ihik!
Hari ni aku nak join giveaway kerana aku telah ditag oleh
si comel ini. Aku rasa aku first time join giveaway. Nak try mana lah tahu ada rezeki. InsyaAllah. So aku nak tag :
Syazwani dan
Eyka.
Click banner untuk ke destinasi :D
سلام مولد الرسول
Assalamualaikum penduduk Bumi yang beragama Islam ♥
Lama tak aku menyepi? Hahahaha *krik krik* K mana ada orang baca pun blog aku. *forever alone* Eh, mana ada alone lah, aku ada Allah dan orang yang sayang aku :P Ceh ceh. Pada pagi yang sangat indah dan tenang ini, aku nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia ini :’D Mari kita sama-sama berselawat sebanyak-banyak yang kita mampu keatas baginda. Necaya, InsyaAllah kita akan mendapat syafaat daripada Rasulullah.
Berbalik pada tajuk entry aku hari ni, Rasulullah sebenarnya sungguh rindu kepada kita, umat akhir zaman. Ada tak yang nak baca ni? Ada ke tak de ke aku nak share jugok! Haha. Meh baca ceghita ini. Pasti kalian akan terharu J
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Adakah kita merindui baginda Rasulullah? Atau hanya rindu semasa hari sambutan Maulidur Rasul? Renung-renungkan lah.
Source